Kadar (matematik)

Dalam matematik, kadar (pinjaman Arab: قَدْر, rumi: qadr "jumlah; nilai" terbitan kata kerja قَدَّرَqaddara "menentukan...; mengira"[1]) ialah nisbah antara dua kuantiti yang berkaitan dalam unit yang berbeza.[2] Jika penyebut nisbah dinyatakan sebagai unit tunggal bagi satu daripada kuantiti ini, dan jika diandaikan bahawa kuantiti ini boleh diubah secara sistematik (iaitu, ialah pemboleh ubah bebas), maka pengangka nisbah menyatakan kadar yang sepadan bagi perubahan dalam pemboleh ubah (bersandar) yang lain.

Satu jenis kadar biasa ialah "seunit masa", seperti kelajuan, kadar denyutan jantung dan fluks. Nisbah yang mempunyai penyebut bukan masa termasuk kadar pertukaran wang, kadar celik huruf dan medan elektrik (dalam volt per meter).

Dalam menerangkan unit kadar, perkataan "per" digunakan untuk mengasingkan unit dua ukuran yang digunakan untuk mengira kadar (contohnya, kadar denyutan jantung dinyatakan "degupan per minit"). Kadar yang ditakrifkan menggunakan dua nombor unit yang sama (seperti kadar cukai) atau kiraan (seperti kadar celik huruf) akan menghasilkan kuantiti tanpa dimensi, yang boleh dinyatakan sebagai peratusan (contohnya, kadar celik huruf global pada tahun 1998 ialah 80%), pecahan, atau gandaan.

Selalunya, kadar ialah sinonim dengan irama atau kekerapan, kiraan per saat (iaitu, hertz); seperti frekuensi radio, kadar jantung atau kadar sampel.

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 290–291. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ See Webster's New International Dictionary of the English Language, 2nd edition, Unabridged. Merriam Webster Co. 2016. p.2065 definition 3.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search